Kad stamp digital
Customer datang lagi, dan lagi.
Ganti kad kertas dengan kad stamp di telefon pelanggan. Mereka imbas kod QR di kaunter, staf luluskan, stamp terus masuk. Tiada app untuk dimuat turun.
Cuba percuma. Kami bantu setup kedai anda.
Stamp diluluskan
Masalah kad kertas
Kad kertas senang hilang. Pelanggan pun lupa.
- Kad tertinggal di rumah atau hilang dalam dompet.
- Cop stamp boleh ditiru, kad boleh dipalsukan.
- Anda tak tahu siapa pelanggan tetap anda.
- Kena cetak kad baru setiap kali stok habis.
Dengan MaiLagi, setiap stamp disimpan dalam sistem dan sentiasa ada di telefon pelanggan.
Cara ia berfungsi
Tiga langkah di kaunter. Kurang dari 10 saat.
- 1
Pelanggan imbas QR
Pelanggan imbas poster QR di kaunter anda dan masukkan nombor telefon. Tiada app, tiada kata laluan.
- 2
Staf luluskan
Permintaan muncul di telefon staf bersama kod 2 digit. Padankan kod dengan skrin pelanggan, tekan Lulus.
- 3
Stamp masuk, ganjaran menyusul
Stamp terus masuk ke kad. Bila kad penuh, pelanggan tebus ganjaran dan staf sahkan di kaunter.
Ciri-ciri
Semua yang kedai anda perlukan
Tiada app untuk pelanggan
Berfungsi terus dalam pelayar telefon. Pelanggan boleh tambah ke skrin utama jika mahu.
Setiap stamp diluluskan staf
Kod padanan dan had masa antara stamp menghalang stamp palsu dan permintaan berulang.
Pesanan besar, sekali lulus
Beli 5 burger? Staf boleh beri sehingga 10 stamp dalam satu kelulusan.
Kenali pelanggan tetap
Papan pemuka menunjukkan lawatan hari ini, trend harian dan pelanggan paling setia.
Senarai pelanggan ke Excel
Muat turun senarai pelanggan dan sejarah stamp ke Excel bila-bila masa.
Kad ikut jenama anda
Letak logo kedai, pilih gambar stamp, bilangan stamp dan ganjaran sendiri.
Poster QR siap cetak
Cetak poster dan letak di kaunter. Kod QR kedai anda tak pernah berubah.
App khas untuk staf
Pasang MaiLagi Shop di telefon kaunter, dengan bunyi setiap kali ada permintaan baru.
Sesuai untuk
Mana-mana kedai yang mahu pelanggan kembali
- Kafe & kopitiam
- Kedai makan
- Burger
- Bubble tea
- Kek & bakeri
- Piza
- Barber & salon
- Salon kuku
- Cuci kereta
- Gim
Soalan lazim
Ada soalan?
Berapa harganya?
Hubungi kami untuk cuba percuma. Kami akan cadangkan pakej yang sesuai dengan kedai anda.
Pelanggan perlu muat turun app?
Tidak. Mereka cuma imbas kod QR dengan kamera telefon dan masukkan nombor telefon.
Perlu mesin atau peranti khas di kaunter?
Tidak. Mana-mana telefon atau tablet yang ada internet sudah cukup untuk staf meluluskan stamp.
Bagaimana nak elak stamp palsu?
Setiap stamp perlu diluluskan staf di kaunter, dengan kod padanan. Pelanggan juga tak boleh minta stamp berulang kali dalam masa singkat.
Saya ada lebih dari satu cawangan?
Boleh. Setiap cawangan didaftarkan sebagai kedai sendiri, dengan kod QR dan kad stamp sendiri.
Data pelanggan selamat?
Setiap kedai hanya nampak pelanggan kedai sendiri. Pelanggan boleh minta data mereka dipadam bila-bila masa.
Berapa lama nak mula?
Hantar WhatsApp kepada kami. Kami setup kedai anda dan berikan poster QR untuk dicetak, biasanya dalam masa sehari.
Sedia untuk buat pelanggan datang lagi?
WhatsApp kami sekarang. Cuba percuma, tiada komitmen.
WhatsApp kami